fbpx

Wanita mengaku hanya mandi tiga kali seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ilustrasi. Seorang wanita mencetuskan perdebatan di media sosial kerana hanya mandi tiga kali seminggu. - Shutterstock

LONDON – Seorang wanita yang mengaku mandi hanya tiga kali seminggu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Wanita itu menghadiri forum keibubapaan Britain, Mumsnet untuk menjelaskan bahawa dia hanya mandi pada dua hari bekerja dan satu hari lagi ketika hujung minggu.

Perkara tersebut mendapat rungutan daripada seorang rakannya kerana dia mempunyai seorang bayi.  

Dia tidak kisah berkenaan perkara tersebut walaupun mempunyai dua anak lain yang sudah besar.

Menerusi perkongsiannya, kegiatannya setiap hari tidak memerlukan senaman yang berat dan hanya akan mandi sekiranya pergi ke gimnasium atau berbadan kotor.

Pengulas-pengulas di forum tersebut turut berbeza pendapat mengenai tindakan wanita itu dengan ada yang mendakwa bahawa mereka boleh menghidu bau hapak daripada orang yang tidak mandi setiap hari.

“Saya bekerja secara sambilan. Rutin harian saya adalah bermain di rumah, membawa anjing berjalan-jalan, menghantar anak ke sekolah dan mungkin ke taman.

“Saya mandikan anak saya tiga kali seminggu. Pasangan saya bersenam setiap minggu jadi dia lebih kerap mandi daripada saya,’’ jelas wanita itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI