fbpx

Vida tak mengaku sebut ‘gay’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA menafikan ada menyebut perkataan 'gay' sebaliknya 'okey' apabila seorang netizen mencadangkan dirinya memikat Anuar Zain sebagai hero di hatinya.

PETALING JAYA – Diselar biadab dan sesuka hati menilai kecenderungan seksual orang lain, usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida tampil menafikan dakwaan ramai kononnya dia melabel penyanyi lelaki unggul tanah air, Anuar Zain sebagai seorang lelaki homoseksual atau gay.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, perkara tersebut terpulang kepada penerimaan sesiapa yang menyaksikan siaran langsung (IG Live) yang ditularkan semula menerusi  TikTok.

Dalam video bertajuk, Ada orang tanya: Dato cubalah ngorat Anuar Zain, Vida bertegas dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ merujuk kepada pelantun lagu Sedetik lebih itu.

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.

“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya kepada Kosmo! Online ringkas.

Terdahulu, dalam video yang dimuat naik menerusi TikTok, Vida dilihat kurang bersetuju dengan cadangan seorang lelaki yang menyuruhnya memikat hati Anuar Zain sebelum membuat andaian bahawa penyanyi berusia 52 tahun itu sebagai mengamalkan gaya hidup homoseksual atau gay.

“Nanti cubalah mengorat Anuar Zain?  Gay, gay, faham tak!” kata penyanyi lagu I Am Me itu dalam nada seperti berbisik.

Video tersebut seterusnya mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada kakak Anuar iaitu Ziana Zain yang menganggap perbuatan Vida sebagai sangat biadap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI