fbpx

UAE sumbang sejuta vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan pertama vaksin sumbangan Kerajaan UAE yang tiba di KLIA semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas sumbangan sebanyak sejuta dos vaksin Covid-19.

Kumpulan pertama iaitu sebanyak 500,000 dos vaksin jenis Sinopharm itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) kelmarin dan disambut Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Penyerahan vaksin itu disempurnakan oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar UAE di Kuala Lumpur, Nouf Ibrahim Ali Rasheed al-Kuwaiti, mewakili Duta Besar, Khalid Ghanim Mohammad Alghaith.

Bekalan kumpulan kedua iaitu sebanyak 500,000 dos lagi dijadualkan tiba dalam masa dua minggu lagi.

Istana Negara dalam kenyataannya berkata, sumbangan itu jelas membuktikan hubungan yang kukuh antara kedua-dua negara berkenaan.

Seri Paduka Baginda dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin turut menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan Baginda kepada Nouf Ibrahim dan Khalid Ghanim atas sumbangan tersebut.

Sebelum ini, UAE menyumbang sebanyak 20,000 unit kit ujian reaksi rantai polimerase (PCR) dan tujuh tan cecair sanitasi melalui program Stok Peralatan Diplomatik Malaysia (MDES) bagi penggunaan kedutaan Malaysia di luar negara.

Seri Paduka Baginda menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi daripada sebarang musibah dan penularan COVID-19 dapat dibendung dan diakhiri dengan berkesan serta segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI