fbpx

Teknologi engsel termaju tahan 200,000 lipatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANTI ini boleh menahan 200,000 lipatan iaitu purata jumlah buka dan tutup sebanyak 100 kali sehari.

MUTAKHIR ini, telefon pintar boleh lipat menjadi peranti terkini yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar.

Honor antara syarikat pengeluar yang tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian dengan melancarkan telefon pintar boleh lipat 5G pertamanya, Honor Magic V.

Ketua Pegawai Eksekutif Honor Device Co. Ltd, George Zhao berkata, peranti itu melalui lonjakan besar ke hadapan dari segi reka bentuk inovatif serta dilengkapi dengan pelbagai ciri serta fungsi yang membezakannya daripada telefon pintar lipat lain yang tersedia di pasaran.

“Kami sangat teruja melancarkan telefon pintar boleh lipat 5G keluaran syarikat ini.

“Honor Magic V menunjukkan kepakaran dan inovasi kami dalam reka bentuk sistem dan komitmen untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik buat pengguna,” jelasnya.

Tambahnya, Honor mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pengeluar telefon pintar berprestasi tinggi dalam pasaran dan menawarkan peranti boleh lipat yang premium.

SKRIN dalaman peranti boleh lipat ini berukuran 7.9 inci.

Untuk itu, jelas Zhao, peranti itu direka dengan teknologi engsel termaju dan menampilkan bentuk badan simetri.

Dihasilkan daripada logam cecair zirkonium, gentian karbon yang mempunyai kekuatan tinggi dan aloi titanium, ia telah melalui pelbagai ujian penambahbaikan teknikal.

Peranti itu mampu menahan 200,000 lipatan iaitu purata jumlah buka dan tutup sebanyak 100 kali sehari.

Sementara itu, peranti ini dilengkapi dengan skrin luaran dan dalaman.

Bagi skrin luaran, ia berukuran 6.47 inci dan mempunyai nisbah skrin kepada badan sehingga 90 peratus.

Skrin kaca kristal nano melengkung ultra nipis ini menawarkan ketahanan yang lebih baik apabila terjatuh.

Dalam pada itu, bagi skrin dalaman pula, ia berukuran 7.9 inci.

Nisbah skrin ke badan adalah 10.3:9 dan memberikan saiz skrin yang serupa dengan tablet mini.

Skrin dalaman turut dilengkapi dengan teknologi salutan anticap jari baharu dan lebih tahan lama.

Selain itu, peranti ini sesuai untuk pengguna yang mahukan sebuah telefon pintar yang bersaiz kecil dan mudah disimpan apabila dilipat, pada masa sama boleh dibesarkan apabila dibuka.

Dalam pada itu, peranti ini juga dilengkapi dengan multi skrin yang membolehkan pengguna melakukan pelbagai kerja tanpa gangguan dalam satu masa.

Salah satunya adalah susun atur berasaskan kandungan seperti perisian membaca atau berita.

Dengan mengoptimumkan kaedah paparan, jumlah maklumat yang disampaikan dapat ditingkatkan dengan banyak dan operasi pengguna membaca maklumat dapat dikurangkan.

Selain itu, pengguna juga dapat memaparkan dua aplikasi berbeza di kedua-dua belah skrin dalam masa yang sama.

TELEFON pintar ini dikuasakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G memberikan prestasi mengagumkan.

Dari segi kuasa, peranti ini dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G yang memberikan prestasi cemerlang kepada pengguna masa kini yang pelbagai.

Kapasiti bateri untuk peranti ini adalah sebesar 4,750mAh dan disertakan juga dengan pengecasan pantas 66W.

Dengan pengecasan pantas itu, membolehkan peranti itu dicas dalam tempoh yang singkat.

Dalam pada itu, kualiti kamera untuk peranti itu juga tidak mengecewakan buat pengguna yang gemar merakam gambar dan juga video.

Kamera belakang terdiri daripada lensa lebar 50MP, lensa ultra lebar 50MP dan lensa spektrum 50MP.

Dengan pilihan lensa kamera yang berbeza, ia memberi lebih ruang untuk pengguna berkarya dalam menghasilkan gambar.

Manakala bagi kamera dalaman pula, peranti ini dilengkapi dengan lensa 42MP pada kedua-dua skrin dalaman dan juga luaran.

Peranti ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu jingga, perak dan hitam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI