fbpx

RON97 dijual RM3.12 seliter bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen iaitu daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter berkuat kuasa esok sehingga 2 Februari depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing iaitu RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Menurutnya, pengekalan harga bagi kedua-dua produk tersebut merupakan langkah kerajaan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI