fbpx

Restoran popular di Kuala Lumpur kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar restoran yang mengabaikan kebersihan.

PETALING JAYA – Sebuah restoran yang agak terkenal di ibu negara tular kerana mengabaikan kebersihan di dapur termasuk melenyek kentang menggunakan botol.

Kejadian itu didedahkan seorang pengguna Twitter, @antaintiom, berkongsi beberapa video daripada pengguna TikTok dipercayai pekerja restoran tersebut.

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsi, pekerja restoran itu menggunakan air di dalam bekas kotor dan merenjis ke dalam kuali.

Selain itu, ayam goreng pula diletakkan atas dapur memasak manakala kentang dilenyek dengan menggunakan botol. Lantai di restoran itu juga basah.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa geli kerana restoran tersebut selalu dikunjung orang ramai.

“Kembang tekak lepas tengok (video). Kali terakhir pergi tak ingat bila tapi bertahun dah tidak makan di sini. Hairan juga kerana setiap malam dikunjungi ramai orang,” kata @iamaddy84.

“Ini sudah melanggar etika penyediaan makanan. Tolonglah tutup restoran ini,” ujar @YrHighnessSofya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI