fbpx

Rekod sotong berenang di tahap paling dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOTONG sirip besar ditemui berenang pada kedalaman 6,200 meter di Laut Filipina pada Mac 2021.

PASUKAN penyelidik yang mencari bangkai kapal perang Amerika Syarikat (AS), UUS Johnston menemui bukti rakaman sekumpulan sotong berenang di tahap paling dalam di Laut Filipina.

Penyelidik daripada Caladan Oceanic yang berpangkalan di AS pada ketika itu meneroka bahagian jurang laut dalam Filipina.

Pasukan itu secara tidak sengaja menemui sotong sirip besar dari keluarga Magnapinnidae pada kedalaman 6,200 meter.

Penemuan itu telah memecahkan rekod sotong terdalam yang pernah ditemui.
Sebelum ini, sotong jenis itu ditemui berenang pada kedalaman 4,700 meter di Lautan Pasifik pada 2014.

Penemuan itu juga menimbulkan beberapa persoalan, antaranya bagaimana sotong sirip besar itu secara fisiologi boleh hidup pada kedalaman antara 1,000 hingga 6,000 meter apabila tekanan air boleh mencapai sehingga 600 kali lebih kuat dari permukaan laut.

Sotong sirip besar itu ditemui penyelidik pada Mac 2021 semasa menjejak lokasi bangkai kapal USS Johnston yang karam semasa pertempuran di Teluk Leyte pada 1944.

Memetik laporan daripada Live Science, para penyelidik merakam sotong tersebut setelah meneroka selama lebih empat jam di jurang paling dalam di Laut Filipina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI