fbpx

PRN Johor: Mazlan Bujang, 2 ADUN lompat parti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazlan Bujang

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang terus berteka-teki apabila enggan mengulas statusnya sama ada sudah keluar daripada Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau tidak.

Mazlan yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tebrau ketika dihubungi terus berteka-teki apabila enggan mendedahkan parti yang akan diwakili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Bersatu Johor akan membuat pengumuman itu esok dalam satu sidang media yang diadakan di bandar raya ini.

“Saya tak boleh beritahu dulu, tunggu esoklah. Jemput datang untuk buat liputan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Selain Mazlan, dua lagi bekas ADUN Bersatu difahamkan turut mengikuti jejak langkah Mazlan dan menyertai majlis pengumuman nanti.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI