JOHOR BAHRU – Majoriti kepimpinan di semua peringkat, bahagian dan akar umbi mahukan Barisan Nasional (BN) bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hasan berkata, UMNO Pusat akan meneliti terlebih dahulu sebelum memutuskan kerjasama yang dijalinkan dengan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.
Yang pastinya, beliau berkata, keputusan yang dibuat itu nanti akan memberikan kebaikan kepada Barisan Nasional.
“Kita akan melihat dengan teliti, mengkaji dengan teliti tentang perlunya diadakan kerjasama dengan Pas pada PRN Johor itu. Peringkat pimpinan tertinggi akan meneliti sebaiknya sebelum apa jua keputusan yang nak dibuat.
“Apa yang akan diputuskan itu nanti pastinya akan memberi kebaikan kepada BN pada PRN Johor,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, di sini hari ini.-K! ONLINE