fbpx

PM Pakistan doakan Mahathir cepat sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun M kini dirawat di CCU IJN .

PETALING JAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengharapkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) bertambah baik.

“Doa dan ucapan selamat saya tujukan kepada rakan saya Dr. Mahathir Mohamad agar beliau cepat sembuh,” ciapnya di laman Twitter rasminya tadi.

Perdana Menteri Pakistan mendoakan kesihatan Tun M.

Terdahulu, keadaan kesihatan Mahathir dilaporkan menunjukkan peningkatan baik selepas beberapa hari menerima rawatan di IJN.

Perkara itu dikongsikan anak bekas Perdana Menteri itu, Datin Marina Mahathir, yang memberitahu, bapanya mempunyai selera makan bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI