fbpx

Pemilik kedai gas dijel sehari, denda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yen Keek (kiri) dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 kerana memberi rasuah sebanyak RM600 kepada anggota KPDNHEP Johor pada Julai tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas dijatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memberi rasuah sebanyak RM600 kepada seorang kakitangan kerajaan dalam satu kejadian pada 15 Julai tahun lalu.

Tertuduh, Tan Yen Keek, 65, dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang juga merupakan seorang pemilik kedai gas cuba merasuah seorang anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu sebagai dorongan agar anggota berkenaan tidak membuat pemeriksaan lanjut terhadap premis miliknya yang menjalankan aktiviti perniagaan pemborong dan pengedar gas memasak (LPG).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis miliknya di Kawasan Perusahaan Ringan Pulai, di sini pada pukul 11.30 pagi, 15 Julai tahun lalu.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000 terhadap tertuduh, jika gagal membayar akan dikenakan tiga bulan penjara. Tertuduh membayar denda berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI