fbpx

Mekanik didenda RM3,000 hantar komunikasi lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Faiz Zaini (baju biru) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah terhadap seorang wanita. FOTO : NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN – Seorang mekanik didenda RM3,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghantar komunikasi lucah terhadap seorang wanita, lapan tahun lalu.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang Kena Siasat (OKS), Muhammad Faiz Zaini, 35, yang membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut menetapkan OKS dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda, bagaimanapun OKS telah membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Faiz didakwa telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah sifatnya melalui aplikasi Whatsapp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Komunikasi bersifat lucah itu telah dilihat lebih kurang pukul 5.15 petang pada 14 April 2014 di Kolej UNITI, Persiaran UNITI Village, Tanjung Agas di Port Dickson.

Berikutan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI