fbpx

Maut dalam perjalanan pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditutupi kain putih selepas meninggal dunia dalam kemalangan di SKVE semalam.

KUALA LANGAT – Seorang pekerja pembekalan makanan maut dalam perjalanan pulang ke rumah apabila digilis sebuah kenderaan dalam kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 26.2 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam, mangsa berusia 32 tahun dan merupakan penduduk Kampung Kanchong Darat meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Durian, Kanchong Darat daripada tempat kerja di Rawang.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai apabila mangsa yang menunggang motosikal melanggar bucu sebelah kanan bahagian sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran.

“Akibat pelanggaran itu mangsa tercampak dan terjatuh di permukaan jalan paling kiri sebelum digilis sebuah kenderaan tidak pasti.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 serta mana-mana balai polis berhampiran. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI