fbpx

Kerajaan benarkan tunai umrah 8 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini boleh menarik nafas lega selepas kerajaan memutuskan kebenaran menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah bermula 8 Februari depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat susulan kerajaan tidak melanjutkan pengangguhan sementara ibadah umrah berkuat kuasa 8 Januari lalu susulan penularan jangkitan Omicron.

“Baru tadi kami buat keputusan sepertimana dinyatakan dahulu yang penangguhan umrah hanya satu bulan sahaja. Jadi, bermula 8 Februari ini agensi pelancongan umrah boleh meneruskan aktiviti umrah.

“Prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dibincang bersama agensi pelancongan umrah kerana kita mahu pastikan apabila balik nanti, mereka (jemaah) dapat pilih di mana mereka mahu dikuarantin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Video Dream Malaysia melalui kerjasama Tourism Malaysia dan GoPro Malaysia di Hotel EQ di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penerbangan pertama jemaah umrah pada 8 Februari depan, Nancy menjelaskan perkara itu belum diputuskan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI