fbpx

Kemelut Zii Jia, BAM boleh diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FAIZAL

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan pemain perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia boleh diselesaikan dalam masa terdekat.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Zii Jia dan bekas perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei kelmarin, beliau sudah mendapat gambaran jelas berhubung isu tersebut selain sudah bercakap dengan Presiden BAM, Tan Sri Moha­mad Norza Zakaria.

Katanya, kedua-dua belah pihak menunjukkan komitmen bagi mencari jalan penyele­saian terbaik yang lebih meng­utamakan kepentingan negara berbanding kepentingan individu dan kumpulan.

“Saya sentiasa doakan apa sahaja kemelut, bukan sahaja dalam isu BAM, Zii Jia dan Jin Wei tetapi semua masalah agar semua pihak meletakkan kepentingan negara sebagai perkara paling utama.

“Jika dapat korbankan kepentingan peribadi dan kumpulan demi negara, banyak masalah boleh diselesaikan. Itu yang saya sampaikan kepadaZii Jia dan Jin Wei.

“Alhamdulillah, saya sudah dapat gambaran dan bercakap dengan Tan Sri Norza. Saya nampak kedua-dua pihak komited meletakkan kepenti­ngan negara sebagai ke­utamaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara di Bangi semalam.

Pada masa sama, Faizal juga menggesa semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung masa depan Zii Jia sama ada pemain No.7 dunia itu akan pulang ke pangkuan BAM atau tidak.

“Zii Jia dan Jin Wei kongsi dua perkara berbeza mengapa mereka ambil keputusan keluar dari BAM. Ada benda lain turut dibincangkan tetapi tidak manis untuk dikongsikan. Saya fikir BAM akan dengar apa yang dibawa oleh mereka nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI