fbpx

Kelas Tahun 1, 2 perlu di tingkat bawah, bukan atas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Kelas bagi murid-murid Tahun 1 dan 2 perlu ditempatkan di tingkat bawah bangunan setiap sekolah dan bukannya di aras 2 dan 3 seperti yang dilaksanakan ketika ini.

Itu antara saranan diutarakan seorang guru dikenali sebagai Mohd. Fadli Salleh menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi dengan menyifatkan kelas di tingkat atas boleh memenatkan pelajar terbabit.

“Kelas Tahun 1 dan 2 patut di tingkat bawah, bukan di tingkat 2 dan 3. Badan mereka kecil, pikul beg berat, naik tangga sangat bahaya dan memenatkan.

“Lagi pun, murid Tahun 1 ini masih mentah pemikiran mereka, tidak matang dan bergurau tanpa memikirkan kesannya,” katanya.

Menurutnya, kes melibatkan murid jatuh tangga juga kerap dilaporkan apabila mereka sering bertolakan seperti ketika mahu ke kantin atau sewaktu pulang ke rumah.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata pengguna media sosial turut bersetuju dengan saranan guru berkenaan selain mengharapkan pihak pengurusan sekolah untuk mempertimbangkan hal ini.

“Betul sangat-sangat, ini sudah kena dekat anak perempuan kakak, belikan beg roda untuk elak sandar beg besar tetapi rupanya kelas di tingkat atas, nak tarik beg tak boleh dan perlu pikulnya,” kata Nurulain Nasrul Nina.

“Tahun 3 pun tidak sesuai cikgu, Tahun 4, 5 dan 6 mungkin boleh berfikir dan mampu naik ke tingkat 2 dan 3,” jelas Zairina Yuszairi.

“Tidak cukup bangunan mahu buat macam mana, pihak Kementerian Pendidikan perlu ambil tindakan dengan mendengar keluhan ini ibu bapa dan cikgu,” jelas Salme Salme. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI