BINTANG Single Inferno, FreeZia terus dihentam gara-gara kontroversi penggunaan barangan berjenama tiruan baru-baru ini.
Terbaharu, agensinya, Hyowon CNC mengumumkan FreeZia atau nama sebenarnya Song Ji-ah berdepan tekanan hebat kerana tidak tahan dengan kecaman melampau netizen.
“FreeZia dalam keadaan amat terkejut akan kritikan umum, pihak syarikat menasihatinya untuk tidak membaca komen yang ditinggalkan dalam media sosial.
“Aktiviti seni FreeZia juga akan dihentikan buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk mengambil iktibar daripada insiden tersebut,” tulis agensinya.
Paling teruk, FreeZia disuruh bunuh diri kerana memalukan imej dunia K-pop.
Kemunculan FreeZia dalam sebuah program YouTube, Knowing Brothers turut menerima impak rating terendah diboikot ramai.