fbpx

Dua pengedar dicekup, dadah RM1.9 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman (tengah) menunjukkan rampasan dadah di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya memberkas dua pengedar dan merampas sejumlah dadah bernilai RM1.9 juta dalam operasi khas di sekitar Kempas dan Iskandar Puteri di sini, Ahad lalu.

Dalam operasi bermula pada pukul 4 petang itu, kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun diberkas hasil daripada maklumat yang diperolehi menerusi siasatan ke atas tangkapan dalam Op Tapis Khas.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan pertama melibatkan suspek berusia 34 tahun di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Kempas di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaan menemui sejumlah 4.06 kilogram (kg) dan 1 kg ketamin.

“Siasatan lanjut membawa kepada tangkapan kedua melibatkan suspek berusia 31 tahun di sebuah rumah di Nusa Bestari, Iskandar Puteri.

“Polis menemui 37.77 kg syabu dan 6.1 kg ketamin di dalam rumah mewah berpagar dan berpengawal,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, jumlah keseluruhan rampasan dadah melibatkan dadah jenis syabu seberat 47.78 kg dan ketamin 7.11 kg bernilai RM1.9 juta.

Polis turut merampas lima kenderaan termasuk kereta mewah jenis Audi A7S, Volkswagen serta Toyota Camry selain wang tunai RM1,500 serta barang kemas bernilai RM65,000 turut dirampas.

Jelasnya, hasil semakan terhadap rekod lampau mendapati memiliki rekod jenayah dan kesalahan dadah serta hasil ujian air kencing mendapati kedua-sua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari bermula pada 21 hingga 30 Januari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI