fbpx

Dayana Roza sedih burung peliharaan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAPARAN tangkap layar InstaStory Dayana yang berduka kerana kehilangan haiwan peliharaannya.

PETALING JAYA – Pelakon Dayana Roza berkongsi rasa sedih selepas burung kakak tua peliharaannya bernama Luna mati akibat keracunan makanan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan pelakon itu dalam Instagram miliknya, Luna dikatakan sihat sehari sebelum burung berwarna kelabu putih itu ditemui tidak lagi bernyawa di dalam sangkarnya.

“Semalam (kelmarin) okay. Pagi ini (semalam) sakit lepas itu sudah tidak ada lagi (mati),” tulis Dayana.

Dayana atau nama lengkapnya Nur Dayana Kamsun Bahari, 30, turut memaklumkan bahawa dia juga mengalami keracunan makanan sehari sebelum burung peliharaannya itu ditemui mati akibat perkara sama.

“Semalam (kelmarin) saya keracunan makanan. Hari ini (semalam) Luna mati kerana keracunan makanan. Maafkan saya Luna,” kongsi Dayana.

Kematian Luna ternyata membuatkan pelakon drama Cinta Bukan Kristal itu sedih apabila merindui telatah dan sifat burung itu yang suka membuat bising.

“Saya sudah mula rindukan Luna. Esok tak perlu lagi sediakan sarapan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk Luna.

“Tidak ada lagi kedengaran suara Luna teruja apabila namanya dipanggil. Tidak kedengaran lagi suara Luna teruja apabila nampak saya. Saya ingat lagi ketika kali pertama saya melihat Luna. Awaklah cinta pertama saya.

“Saya ingatkan kitab oleh tua bersama-sama. Tapi ternyata Allah SWT lebih sayangkan Luna. Berehatlah Luna. Sekarang Luna berada di tempat yang lebih baik (syurga). Sayang Luna,” luahnya.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya turut merasai kesedihan yang dihadapi Dayana selepas kehilangan haiwan kesayangannya.

“Air mata untuk haiwan peliharaan tidak tahulah sudah banyak mana ditumpahkan. Bila pegang jasad haiwan kesayangan tanpa roh, terbayang-bayang telatah sewaktu masih bernyawa,” kata seorang pengguna Instagram.

“Tidak semua orang ada sifat menyayangi haiwan tidak kira kucing, burung dan sebagainya. Saya rasai apa yang awak rasa. Bertabahlah,” komen seorang lagi netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI