fbpx

Daging penguin halal dimakan umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia bukanlah habitat bagi penguin, namun daging spesies burung air itu sebenarnya halal dimakan umat Islam.

Berdasarkan penjelasan diberikan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal Maktabah Al-Bakri, daging penguin halal untuk dimakan kerana haiwan itu termasuk dalam kategori burung air.

Menurutnya, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi SAW.

“Pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya.

“Tambahan lagi Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI