fbpx

Bot tarik payung terjun tiada lesen, insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot rekreasi tanpa lesen dan insurans ditahan di perairan dekat Batu Ferringhi di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot rekreasi yang didapati tidak mempunyai lesen semasa melakukan pemeriksaan pada 0.65 batu nautika utara Tanjung Huma dekat Batu Ferringhi di sini semalam.

Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot tersebut ditahan kira-kira pukul 1 petang semasa menarik penumpang dengan payung terjun.

“Bot yang mempunyai nombor pendaftaran itu didapati dikendalikan dua kru warga tempatan berusia 49 dan 53 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot itu tiada lesen yang sah dan insuran telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, bot berkenaan bersama kru terbabit ditahan dan dibawa ke pejabat APMM negeri di sini bagi siasat lanjut.

“Kita juga menasihati pengusaha-pengusaha aktiviti rekreasi di laut agar mematuhi undang-undang negara bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Menurut Abd. Razak, kes itu disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insuran tamat tempoh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI