fbpx

BAM, Zii Jia capai perbincangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAHABERDEEN menegaskan bahawa Zii Jia dan badan induk badminton negara itu tidak pernah berpisah.

KEMELUT antara perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilihat semakin hampir untuk menemui titik noktah selepas kedua-dua pihak mengadakan perbincangan semalam.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, pertemuan yang diadakan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit ­Kiara mencapai hasil positif serta­ meng­utamakan kepenti­ngan negara.

Beliau turut menjelaskan, ha­sil pertemuan itu akan dibawa ke mesyuarat Ahli Majlis BAM untuk pengesahan rasmi sebelum pengumuman minggu depan.

“Perjumpaan hari ini (semalam) berhubung rayuan Zii Jia. BAM sangat konsisten dengan isu ini dengan kepentingan negara jadi keutamaan dan kami tidak pernah halang pemain menjadi profesional.

“Hasil pertemuan ini sangat positif dan sudah jumpa jalan penyelesaian untuk kedua-dua pihak Zii Jia dan BAM.

“Kami akan bawa perkara ini kepada Ahli Majlis untuk pengesahan sebelum buat pengumuman secara rasmi pada minggu depan.

“Kedua-dua belah pihak sudah sampai ke satu kesudahan yang memuaskan hati serta bagus untuk negara dan BAM. Dari satu aspek, kita boleh anggap Zii Jia dan BAM tidak pernah berpisah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perjum­paan itu.

Jahaberdeen juga menjelaskan, BAM sebagai badan induk sukan badminton negara tidak pernah membezakan sama ada pemain profesional atau tidak dalam membantu perkemba­ngan badminton tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI