fbpx

Asia Timur perlu bersedia limpahan ‘sungai dari langit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir besar di China pada 2020 ketika pandemik Covid-19 sedang berleluasa. - Xinhua

TOKYO – Sebahagian negara di rantau Asia Timur bakal berdepan limpahan hujan banyak   yang diibaratkan seperti limpahan  ‘sungai dari langit’ akibat perubahan iklim sejak akhir-akhir ini, lapor akhbar Daily Mail  kelmarin.

Fenomena ‘sungai dari langit’ itu  juga dilaporkan bakal memecahkan rekod tadahan hujan sedia ada seandainya benar-benar berlaku.

Sekumpulan penyelidik dari Jepun telah mencipta model komputer  untuk menyiasat ‘tingkah laku’ pengumpulan titisan air di atmosfera dan taburan hujan melampau di Asia Timur di bawah perubahan iklim berbeza.

‘Sungai-sungai’ dari langit ini adalah jalur sempit wap air pekat yang mengalir melalui atmosfera dan boleh membawa kepada paras hujan yang tinggi di kawasan pergunungan.

Pasukan saintis  dari Universiti Tsukuba itu mendapati,  jika suhu meningkat sebanyak 4 darjah Celsius, simpanan air di langit itu akan bertambah dan mengundang musim hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Walaupun kajian tersebut hanya melibatkan rantau  Asia Timur, pasukan penyelidik itu berkata,  ramalan mereka juga akan digunakan untuk kawasan latitud pertengahan dengan banjaran gunung yang curam termasuk Eropah dan Amerika Utara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI