fbpx

35 individu fail saman terhadap kerajaan berhubung isu kenaikan pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 35 individu yang terdiri daripada bekas hakim dan balu bekas hakim memfailkan saman pemula terhadap kerajaan berhubung isu kenaikan pencen dan faedah yang diterima.

Mereka ialah 28 individu merupakan bekas hakim yang berkhidmat di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, manakala tujuh lagi individu merupakan balu-balu bekas hakim.

Kesemua 35 individu itu selaku plaintif memfailkan saman itu pada minggu lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan kerajaan, Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam masing-masing sebagai defendan pertama hingga keempat.

Antara bekas hakim itu ialah bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Siti Norma Yaakob; bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Mahkamah Rayuan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohamed Nor.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI