PUTRAJAYA – Sebanyak 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,918 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.
“Terdapat tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID kekal 6,432 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Kesemua kematian dilaporkan di Selangor (6), Sabah (3), Johor (2), Perak (2), Kuala Lumpur (2) dan Pahang (1) serta tiada kematian di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.-K! ONLINE