fbpx

Usaha sama UKM, Cupana laksana kajian tentang guarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chee Shien (kiri) menunjukkan dokumen perjanjian dengan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Prof. Madya Dr. Ishak Ahmad di Bangi baru-baru ini.

PETALING JAYA – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bekerjasama dengan Cupana Trading (M) Sdn. Bhd. (Cupana Trading) untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi tanaman guarana di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Cupana, Andrew Ling Chee Shien berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membangunkan projek tanaman guarana secara pertanian lestari iaitu 100 peratus orga­nik tanpa menggunakan sebarang racun dan tinja haiwan.

“Dengan modal permulaan yang rendah, usahawan boleh mengusahakan tanaman guarana dengan pulangan hasil yang lumayan dalam jangka masa singkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Chee Shien menerangkan, kerjasama tersebut turut melibatkan penyelidikan terhadap perkembangan, hasil dan produk komersialnya agar dapat menepati standard piawaian bagi pasaran antarabangsa.

Sebelum ini dilaporkan, ­guarana mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada petani kerana harga tanaman itu mampu mence­cah sehingga AS$1,600 (RM6,700) sekilogram bagi ekstrak tanaman 100 peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI