fbpx

Taliban, Barat bertemu di Oslo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Delegasi Taliban diketuai Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi. - AFP

OSLO, Norway – Diplomat Taliban dan Barat bertemu di Oslo semalam untuk rundingan berhubung krisis kemanusiaan dan hak asasi manusia di Afghanistan terutamanya yang melibatkan golongan wanita.

Dalam lawatan pertama mereka ke Eropah selepas kembali berkuasa pada Ogos 2021, Taliban akan menemui perwakilan Amerika Syarikat (AS), Perancis, Britain, Jerman, Itali, Kesatuan Eropah dan Norway.

Delegasi Taliban diketuai Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi.

Rundingan tertutup itu diadakan di Hotel Soria Moria , pinggir Oslo.

Perbincangan itu dijangka tertumpu kepada situasi kemanusiaan Afghanistan yang merosot secara drastik sejak Ogos tahun lalu apabila pemberontak Taliban kembali merampas kuasa selepas 20 tahun diusir.

Susulan itu, bantuan antarabangsa dihentikan sekali gus memburukkan situasi di mana berjuta-juta penduduk Afghanistan kelaparan akibat kemarau teruk.

“Ketika kami cuba mengetengahkan krisis kemanusiaan bersama-sama sekutu, rakan kongsi  dan pertubuhan bantuan, kami akan meneruskan diplomasi dengan Taliban berhubung kebimbangan kami mengenai hak rakyat Afghanistan,” kata wakil khas AS ke Afghanistan, Thomas West dalam satu kenyataan di laman Twitter kelmarin.

Belum ada negara yang mengiktiraf kerajaan Taliban manakala Menteri Luar Norway, Anniken Huitfeldt menegaskan bahawa rundingan itu bukan mengenai pengiktirafan kerajaan Taliban.

Sementara itu, kerajaan Taliban berharap perbincangan secara bersemuka  itu akan membantu mengubah atmosfera perang menjadi suasana keamaman, kata jurucakapnya,Zabihullah Sabtu lalu.

Sejak Ogos lalu, bantuan antarabangsa yang menyumbang sekitar 80 peratus belanjawan Afghanistan telah digantung  dan AS membekukan  aset bank pusat Afghanistan berjumlah AS$9.5 bilion (RM39.75 bilion). – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI