PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan dua individu bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan pihak mereka.
SPRM menerusi satu kenyataan berkata, individu pertama yang sedang dikesan adalah Nur Hazirah Mohamad Yusup, 32, yang alamat terakhirnya di Nombor 38, Persiaran Taman Meru 16, Taman Meru 2C Jelapang, 30020 Ipoh, Perak.
“Individu kedua yang sedang dikesan pula adalah Mohamad Firdaus Ab. Rashid, 40, yang beralamat terakhir di 7251 Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung kedua-dua individu yang sedang dikesan ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Mohd. Shahril Md. Shariff di talian 04-9761982,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE