fbpx

Sharnaaz Ahmad tawar diri jadi hero Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARNAAZ secara berseloroh menawarkan diri untuk menjadi hero dalam video muzik Vida.

PETALING JAYA – Pencarian usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida untuk menemukan seorang lelaki impian bagi menyerikan video muzik (MV) single terbaharunya seperti sudah menghampiri jawapan. Jika bukan Aweera, mungkin ‘jodoh MV’ Vida kini beralih kepada pelakon berjambang. Sharnaaz Ahmad.

Hari ini, satu komen yang ditinggalkan Sharnaaz pada hantaran Instagram Vida mencuri perhatian netizen selepas pelakon itu menawarkan diri untuk menjadi hero dalam video muzik (MV) terbaharu Vida.

Dalam hantaran tersebut, Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 51, meminta cadangan netizen membantunya untuk mencari lelaki yang boleh melakonan watak hero dalam MV terbaharunya yang akan datang.

“Peninglah. Tak jumpa lagi hero untuk video muzik saya. Ada cadangan tak? Komen atau sebutkan nama hero yang sesuai,” tulis Vida.

Permintaan ibu kepada Cik B dan juga Kacak itu sekali gus menarik perhatian Sharnaaz apabila meninggalkan komen menawarkan dirinya untuk menjadi hero dalam MV tersebut.

“Jangan sampai aku try (cuba). Haaa jaga,” komen Sharnaaz.

Komen yang ditinggalkan Sharnaaz atau mesra disapa Mamu itu kemudiannya mendapat responds daripada Vida apabila sedia menerima pelakon tersebut jika tidak keberatan.

“Onz tak onz Mamu,” balas Vida.

Dalam komen berbeza, Sharnaaz juga mengatakan bahawa dirinya bersedia untuk menyahut cabaran berlakon dalam MV tersebut dan tidak kisah jika terpaksa menempuh cabaran termasuk perlu dilanggar lori.

“Jangan kata tempuh, kena langgar lori pun boleh. Cuma nak tahu ‘ehek ehek’ tu kena buat apa?” usik Sharnaaz.

Menerusi video yang dikongsikannya, usahawan kontroversi itu turut menyenaraikan beberapa ciri lelaki yang dicari untuk berlakon bersamanya dalam MV itu nanti.

“Saya mahu yang bujang, tidak ada tunang, tiada isteri dan solo. Bagilah cadangan hero untuk MV saya.

“Saya mahu yang sado (berotot) dan sesuai dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Vida pernah menyuarakan hasrat apabila teringin untuk bekerjasama dengan penyanyi Aweera kerana terlalu meminati finalis Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu.

Kata Aweera, tidak menjadi masalah baginya menceburi bidang lakonan atau berlakon dalam video muzik namun menyedari dirinya bukanlah seorang pelakon yang baik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI