fbpx

Rakyat Malaysia kuat makan, punca masalah kegemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Sheikh Muszaphar setuju rakyat Malaysia mempunyai masalah kegemukan dan berpandangan golongan lelaki merupakan penyumbang terbesar kepada permasalahan itu.

PETALING JAYA – Populasi rakyat Malaysia yang memiliki berat badan secara berlebihan berada pada tahap yang tertinggi di Asia Tenggara.

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mengakui bahawa rakyat Malaysia sememangnya mempunyai masalah kegemukan berpunca daripada pengambilan makanan secara berlebihan serta kurang berkhasiat.

“Malaysia memang negara kuat makan, sebab makanan kita sedap dan kurang berkhasiat dengan kari, gulai, santan berlebihan.

“Satu lagi faktor apabila sudah berkahwin, kebanyakan daripada kita berhenti bersenam dan tidak lagi menjaga badan, lebih-lebih lagi kalau anak ramai,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Semalam, Kosmo! melaporkan kira-kira 11.5 juta individu dewasa negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan dan daripada jumlah itu, 6.9 juta individu dewasa itu melibatkan golongan wanita yang mengalami masalah obesiti terutama mereka berusia dalam lingkungan umur 30-an hingga 40-an.

Susulan dari laporan tersebut, beliau turut mempertikaikan jumlah wanita gemuk yang dinyatakan dan menganggap golongan lelaki sebenarnya menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan di Malaysia

“Berapalah agaknya golongan lelaki yang gemuk di Malaysia. Saya yakin lebih ramai daripada wanita,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI