fbpx

Projek naik taraf Jambatan Marang siap Oktober 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk melihat lakaran projek menaiktaraf Jambatan Marang di Kampung Gasing, Marang hari ini.

MARANG – Projek menaiktaraf Jambatan Marang yang menjadi akses utama penduduk negeri ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek menelan belanja RM338.5 juta itu bakal mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang telah membelenggu penduduk daerah itu sejak puluhan tahun lalu.

Beliau berkata, Jambatan Marang merentasi Sungai Marang dan Sungai Rinting tersebut yang sebelum ini cuma dua lorong akan dinaiktaraf kepada empat lorong sepanjang 1.5 kilometer.

“Jambatan Marang sedia ada yang berusia 62 tahun sudah tidak mampu lagi menampung aliran trafik yang meningkat setiap tahun.

“Berdasarkan bancian lalu lintas pada tahun 2020, purata 31,387 kenderaan melalui jambatan itu setiap hari dan ia akan meningkat pada musim perayaan,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah projek menaik taraf Jambatan Marang di sini hari ini.

Fadillah berkata, projek menaiktaraf Jambatan Marang itu dijangka memakan masa 42 bulan sekali gus siap sepenuhnya pada bulan Oktober 2025.

Menurut beliau, projek berkenaan boleh dapat menjimatkan perjalanan sehingga 20 minit pada waktu puncak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI