fbpx

PRN Johor: PM hadir perjumpaan UMNO di kediaman MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri tiba untuk menghadiri perjumpaan Presiden Umno bersama UMNO Johor di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, Johor Bahru. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Naib Presiden UMNO turut dilihat hadir ke kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Saujana, di sini.

Kunjungan beliau itu bagi menghadiri perjumpaan Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Biro Politik Badan Perhubungan UMNO Johor.

Kenderaan jenis Audi berwarna hitam yang dipercayai dinaiki Ismail Sabri itu dilihat memasuki pekarangan kediaman berkenaan pada pukul 8.42 malam

Antara figura politik tanah air lain yang turut hadir termasuklah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan bermesyuarat berkenaan PRN Johor pada 9 Februari depan bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkenaan PRN Johor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI