JOHOR BAHRU – Kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi masih berharap penyatuan masyarakat Melayu antara UMNO dan Pas melalui kerjasama Muafakat Nasional (MN) dapat dilaksanakan.
Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya juga berharap perbincangan antara kepimpinan negeri kedua-dua parti berjalan lancar.
“Saya berdoa agar perbincangan antara Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Tuan Haji Abdullah Husin berjalan dengan baik dan lancar.
“Sama-samalah kita berdoa agar mereka dapat menjumpai titik pertemuan dan persefahaman yang akhirnya akan membuahkan hasil yang terbaik kepada rakyat Johor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE