fbpx

Masuk politik bukan kerana kuasa – Afdlin Shauki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFDLIN SHAUKI

PETALING JAYA – Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki menasihatkan rakan selebriti yang berhasrat untuk menceburi arena politik supaya mempunyai niat yang betul serta tidak bertuhankan kuasa semata-mata.

“Saya sokong mana-mana selebriti yang ingin memasuki gelanggang politik tidak kira parti asalkan niatnya betul untuk membantu rakyat, bukan kerana kuasa.

“Kita kena tanam niat untuk menyelesaikan masalah orang lain dan harapan saya agar mereka menjadi suara untuk orang seni dalam politik kerana golongan artis lebih memahami apa yang berlaku,” katanya selepas tayangan perdana filem The Assistant hari ini di GSC, The Starling Mall.

Mengulas mengenai kejayaan Datuk Dira Abu Zahar yang baru-baru ini menang Pilihan Raya Negeri (PRN)) Melaka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Afdlin menjelaskan, itu merupakan satu perkara yang baik untuk menggiatkan lebih ramai lagi selebriti menceburi dunia politik.

“Dira telah membuktikan bahawa wanita juga boleh mempunyai jawatan yang tinggi sekali gus menjaga institusi di negara kita dan itu satu perkara yang amat bagus,” jelas pelakon berusia 51 tahun itu.

Tambah pelakon Papadom itu lagi, berstatus ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bermakna dirinya menolak jika diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab lebih besar di dalam parti tersebut.

“Ada ura-ura mengatakan saya akan dicalonkan jawatan yang lebih tinggi namun saya tidak boleh mengulas lanjut kerana perkara itu belum pasti.

“Namun, saya tidak menolak jika ada cadangan seperti itu pada masa hadapan tetapi jika terdapat calon yang lebih baik, saya akan sokong asalkan melibatkan perjuangan untuk rakyat,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI