fbpx

Malaika Arora okey jadi objek seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAIKA ARORA

AKTRES jelita Malaika Arora sentiasa menjadi pilihan utama sebagai diva tarian dalam dunia perfileman Bollywood.

Namun ada sesetengah pihak merasakan kemunculannya dalam filem demikian hanya sekadar untuk menayangkan tubuh.

Bagaimanapun, pelakon I Wanna Fall In Love itu tidak terusik dengan tohmahan orang ramai kerana merasakan perkara tersebut sebahagian daripada budaya filem Bollywood.

“Jangan malu untuk mengakui hal itu, karya Bollywood gemar perayaan dan meraikan kehidupan.

“Jadi, saya tidak pernah berasa diri sebagai objek seks. Saya bahagia menjadi sebahagian daripada budaya ini,” katanya.

Aktres berusia 49 tahun itu memulakan karier sebagai penari dalam lagu Chhaiya Chhaiya menerusi filem Dil Se di sisi aktor Shah Rukh Khan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI