fbpx

Lelaki maut, isteri dan dua anak cedera kereta terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta empat sekeluarga yang terbabas masuk ke dalam longkang di Kilometer 38.3, Jalan Ipoh-Teluk Intan dekat Kampar hari ini.-FOTO: IHSAN JBPM PERAK

KAMPAR – Seorang lelaki maut manakala isteri dan dua anaknya cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 38.3, Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini petang tadi.

Kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Jalan Degung itu mengorbankan mangsa di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 6.57 petang.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbabas masuk ke dalam longkang hingga menyebabkan pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kenderaan.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam nahas itu. Dua kanak-kanak telah dibawa ke Hospital Kampar oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Pemandu kereta pula disahkan maut oleh pegawai perubatan manakala isteri mangsa cedera parah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala isterinya diberi rawatan awal sebelum dibawa menaiki ambulans untuk rawatan di hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI