fbpx

Lelaki ditahan curi elektrik lombong bitcoin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mesin dan peralatan yang digunakan untuk melombong bitcoin di sebuah premis di Langkawi.

LANGKAWI – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama 180 unit mesin melombong bitcoin dalam serbuan di sebuah premis di Persiaran Putra, Kuah di sini hari ini.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan di Taman Simfoni, Kuah di sini pada pukul 12.05 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashaari berkata, susulan tangkapan itu, polis dengan bantuan kakitangan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis di Persiaran Putra.

“Pihak polis berjaya membuka premis tersebut dengan menggunakan kunci yang dirampas daripada suspek.

“Pemeriksaan ke atas premis itu menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan perlombongan bitcoin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya merampas beberapa peralatan antaranya 180 unit mesin dipercayai untuk melombong bitcoin, satu unit penghala internet tanpa wayar (WiFi), lapan unit penyesuai rangkaian dan tiga unit modem WiFi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI