PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di beberapa kawasan di lapan negeri malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.
“Kedah di Kulim dan Bandar Baharu, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim).
“Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat; Negeri Sembilan di Port Dickson dan (seluruh) Melaka.
“Sarawak di Sri Aman dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), manakala Sabah di Pedalaman (Keningau dan Tambunan),” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – K! ONLINE