fbpx

Hujan batu di Kuala Lumpur fenomena biasa sewaktu ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan batu landa Hulu Kelang semalam.

PETALING JAYA – Kejadian hujan batu di beberapa kawasan di ibu negara petang semalam merupakan fenomena biasa semasa berlaku ribut petir yang kuat berserta hujan lebat dan angin kencang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian hujan batu berlaku apabila awan Kumulonimbus yang aktif mencapai ketinggian 12 kilometer.

“Suhu udara dalam awan tersebut melepasi nilai ambang tahap beku dan (menyebabkan) pembentukan ketulan-ketulan ais di atas lapisan tersebut.

“Ais yang terbentuk dalam awan turun bersama-sama hujan sebagai ketulan ais yang tidak sempat mencair sebelum sampai ke tanah.

“Titisan hujan yang terbentuk sebagai ketulan-ketulan air batu kebiasaannya bersaiz kecil sekitar 1.5 sentimeter iaitu sebesar guli,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Berita berkaitan: Hujan batu landa Hulu Kelang

Muhammad Helmi berkata, kejadian hujan batu lazimnya berlaku setempat iaitu kawasan yang berada di bawah awan Kumulonimbus dan hanya dalam tempoh singkat iaitu sekitar 10 hingga 20 minit.

Terdahulu, katanya, berdasarkan kepada imej radar dan satelit semalam, awan hujan dan ribut petir aktif dicerap memasuki Kuala Lumpur sekitar pukul 3.30 petang dan kejadian hujan batu bermula kira-kira pukul 4 petang.

Jelas beliau, MetMalaysia namun terlebih dahulu telah mengeluarkan Amaran Ribut petir pada pukul 2.55 petang meliputi kawasan Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI