AUSTIN, Texas – Sebuah hospital tinggal yang terletak di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) didakwa sebagai lokasi paling seram yang pernah wujud di dunia, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.
Dakwaan itu dibuat oleh seorang peneroka dunia mistik dari Britain apabila dia berpeluang merakam keadaan di Hospital Memorial Yorktown itu bulan lalu.
Hospital tersebut dipercayai dibina pada tahun 1950 oleh sebuah pertubuhan katholik dinamakan The Felician Sisters untuk dijadikan sebagai pusat pemulihan dadah dan alkohol.
Pusat rawatan itu hanya sempat berfungsi selama 30 tahun sebelum ditutup dan ditinggalkan terbiar tanpa sebarang penyelenggaraan.
Antara perkara benda seram yang kononnya ditemui pengunjung hospital ini adalah sepasang mata merah menyala, bunyi jeritan dan patung bercakap.
“Saya diberi kebenaran untuk meneroka setiap sudut kawasan hospital dengan syarat, pintu utamanya perlu ditutup semula ketika mahu keluar.
“Sudah 16 tahun saya lakukan aktiviti ‘memburu’ benda mistik di Britain tetapi tiada yang memberikan perasaan seram seperti ketika saya berada di dalam hospital ini,” kata peneroka British itu. – Agensi