fbpx

Dua remaja 13 tahun penagih dadah termuda diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob menunjukkan gambar lokasi serbuan dan tangkapan tokan serta penagih dadah ketika sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua remaja berusia 13 tahun antara 5,200 penagih dadah yang berjaya diberkas di seluruh negara menerusi Ops Tapis Khas selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi selama tiga hari itu, seramai 5,466 individu telah diperiksa.

“Seramai 5,200 individu telah diberkas, dalam jumlah itu seramai 942 merupakan tokan, 2,893 penagih dadah dan 201 orang adalah orang yang dikehendaki (wanted).

“Sejumlah 637 individu merupakan penagih dadah yang berulang dan ketika serbuan dibuat, kita berjaya merampas sepucuk pistol, tiga peluru, senapang buatan sendiri di Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Sejumlah 367 sarang penagih dadah dan ‘port’ menghisap dadah telah digempur, Selangor merekodkan ‘port’ dadah yang paling banyak diserbu iaitu 69 diikuti Sabah sebanyak 57,” ujarnya ketika sidang akhbar JSJN di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 212.6 kilogram (kg) dan 1,199.2 liter pelbagai jenis dadah telah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

Jelas beliau, Ops Tapis Khas di seluruh negara melibatkan 2,696 pegawai dan anggota JSJN ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memberkas dan mengesan tokan dadan.

“Ia juga bertujuan untuk memusnahkan ‘port’ dadah dan mengambil tindakan tegas ke atas penagih dadah tegar,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI