AKTRES paling mahal Bollywood, Deepika Padukone mengakui berjaya menyelami keserasian terbaik aktor bersama Hrithik Roshan biarpun baru pertama kali digandingkan sebagai hero-heroin dalam sebuah filem.
Menerusi temu bual Bollywood Hungama, Deepika juga mengakui sudah memuja dan menyimpan angan untuk bekerjsama dengan Hrithik
“Saya sudah lama teringin untuk berkolaborasi bersamanya, ini tidak bergantung kepada keinginan semata.
“Perlu ada skrip menarik, pengarah yang tepat dan waktu yang cocok bagi menjayakan sesuatu projek,” katanya.
Pelakon Padmaavat itu kali terakhir melebarkan sayap dalam dunia perfileman menerusi 83, filem terbaharunya berjudul Gehraiyaan bakal ditayangkan menerusi Amazon Prime, 11 Februari ini.