ANGGOTA kumpulan ITZY, Yuna menjadi bualan ramai apabila sekeping gambarnya menjadi tular dalam media sosial dek kelangsingan tubuh badannya.
Gambar tersebut menjadi bualan itu menunjukkan penampilan Yuna kelihatan langsing dan cantik, sekali gus diberi gelaran ‘bahu 90 darjah’.
Biarpun kurus. penyanyi berusia 19 tahun itu turut dipuji peminat kerana memiliki badan berotot, rajin bersenam dan menari sebagai rutin harian.
“Yuna kurus tetapi nampak sangat sihat dan mempunyai otot,” komen salah seorang peminat.
“Pinggang ramping, pinggul menawan, bahu 90 darjah dan kaki yang panjang, dia memang sempurna,” kata peminat lain.
Yuna debut bersama ITZY pada tahun 2019 dan menongkah populariti menerusi lagu Dalla Dalla sehingga ITZY merangkul anugerah artis baharu paling popular tahun
itu.