fbpx

Alli bakal terima tawaran Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLI terdesak untuk mendapatkan pasukan baharu yang mampu memberinya lebih minit permainan. – AFP

LONDON – Pemain tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli diberikan kebenaran untuk me­ninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan kali ini selepas gagal mendapat tempat dalam skuad kendalian Antonio Conte.

Alli sendiri terdesak untuk mendapatkan minit permainan yang lebih banyak menyebabkan dia perlu meninggalkan Spurs jika masih berharap untuk menyertai skuad England ke saingan Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.

Berdasarkan laporan, Alli mungkin akan membuat keputusan menyertai Newcastle United sebelum jendela perpindahan ditutup penghujung bulan ini.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada pelepasan secara rasmi diberikan oleh Spurs dan sekiranya perkara itu berlaku, Newcastle tidak bersendirian dalam usaha mendapatkan Alli kerana Everton dan West Ham United juga pernah dilaporkan­ turut menyatakan minat.

Namun begitu, skuad kendalian Eddie Howe masih dianggap sebagai pilihan untuk mendapatkan Alli dengan kontrak pinjaman terlebih dahulu sebelum mendapatkannya secara kekal pada musim panas nanti.

Spurs juga dikatakan ter­desak untuk melepaskan Alli yang juga antara pemain yang menerima pendapatan tinggi bersama kelab itu apabila Conte dikatakan sedang berusaha memancing penyerang Juventus, Paulo Dybala.

Bekas pengurus Inter Milan itu juga dikatakan bersedia untuk membawa masuk pemain tengah AC Milan, Franck Kessie yang bakal menghabiskan kontraknya bersa­ma kelab Serie A itu pada penghujung musim nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI