fbpx

Ahmad Zahid, Mohamad berada di Johor bincang persiapan jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kanan) dan Mohamad dijadualkan akan berada di Johor hari ini dan esok bagi membincangkan persediaan jentera PRN Johor. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dijadualkan akan berada di negeri ini pada hari ini dan esok bagi membincangkan persiapan jentera dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut sumber, susulan itu, satu pertemuan juga akan diadakan bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) serta parti komponen bagi memperincikan strategi menghadapi PRN ke-15 itu nanti.

Tambahnya, kunjungan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO itu akan dimulakan dengan mengadakan pertemuan tertutup bersama Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.

“Pertemuan tertutup bersama Menteri Besar itu akan diadakan di Saujana, di sini, pada 8.30 malam ini dengan disertai pimpinan UMNO Johor.

“Keesokkan pula, Presiden dan Timbalan Presiden akan menyertai Mesyuarat UMNO Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di bangunan UMNO bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor.

“Mengikut ketetapan yang diterima, Presiden dan Timbalan Presiden akan ke Johor Bahru bermula malam ini namun ia tertakhluk sekiranya terdapat perubahan saat akhir,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI