fbpx

BAM nafi singkir tiga jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENNY

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan mereka tidak akan memperbaharui kontrak tiga jurulatih skuad kebangsaan dalam masa terdekat seperti yang didakwa dalam beberapa laporan sebelum ini.

Sebaliknya, badan induk sukan badminton negara itu masih membuat penilaian terhadap prestasi setiap barisan kejurulatihan dan pemain seperti yang dilakukan setiap tahun.

“Persatuan Badminton Malaysia menafikan laporan-laporan yang mengatakan kontrak tiga jurulatih skuad kebangsaan tidak akan diperbaharui.

“Penilaian terhadap barisan kejurulatihan dan pemain masih lagi berjalan. Perkara ini selari dengan perubahan struktur kejurulatihan yang lebih kemas,” kata BAM menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, BAM menerusi Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh menjelaskan, ia adalah perkara biasa yang dilakukan badan induk itu setiap tahun berdasarkan pencapaian masing-masing.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI