fbpx

Visi kerajaan jadikan sektor rel lebih berdaya saing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (tiga dari kanan) ketika merasmikan dialog berkaitan industri rel di Malaysia, Malaysia Rail Dialogue 2022 (MARID 2022) di Putrajaya anjuran Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memastikan pembangunan industri rel tempatan yang memenuhi piawaian atau standard antarabangsa diterajui oleh Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) mencapai matlamat negara untuk memajukan industri tersebut.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata, kerajaan mempunyai visi untuk melihat industri itu menjadi sektor perniagaan kukuh dan berdaya saing selain mampu memenuhi permintaan pengangkutan rel nasional.

Katanya, ia termasuklah untuk menyertai rantaian bekalan global bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dan teknologi tempatan.

“NRCOE akan bertindak sebagai badan penyelaras di peringkat nasional bagi melaksanakan pembangunan industri seiring dengan hala tuju negara dan keperluan industri.

“Melalui pembangunan industri rel secara holistik di bawah NRCOE, MOT berharap dapat menambah keupayaan dan kebolehpasaran juga meningkatkan peratusan kandungan tempatan sekurang-kurangnya 45 peratus menjelang 2030,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan program pembangunan industri rel tempatan juga akan mencapai matlamat pembangunan mampan negara (SDG) yang mana transformasi daripada kebergantungan terhadap pembekal dari luar negara (OEM) diubah kepada kolaborasi sumber tempatan dengan OEM untuk pasaran antarabangsa.

“Menerusi Malaysia Rail Dialogue (Marid) 2022 hari ini, lebih 200 pemain-pemain industri rel tempatan telah menyuarakan isu-isu dan cabaran yang dihadapi serta cadangan penambahbaikan dan pemerkasaan polisi yang sedia ada.

“Hasil dapatan Marid 2022 akan memberi nilai tambah kepada inisiatif pembangunan dan hala tuju industri rel pada masa akan datang seiring dengan usaha MOT memperkasa dan meningkatkan kapasiti dan keupayaan syarikat-syarikat berkaitan rel tempatan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, MOT akan meneruskan sesi dialog bersama para industri tempatan serta kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan bagi menambahbaik polisi serta strategi yang memberi manfaat kepada industri rel.

“Ia juga sebagai langkah permulaan bagi MOT untuk melihat ekosistem industri rel, di mana kerajaan, akademia dan pemain industri berganding bahu membangunkan sektor rel ke arah sektor yang kukuh serta berupaya memenuhi permintaan pengangkutan rel nasional,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI