fbpx

Teri Hatcher cubaan hamil guna teknik penderma sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERI HATCHER

AKTRES jelita, Teri Hatcher berkongsi pengalaman perit untuk mempunyai zuriat kedua, namun berasa hampa kerana mengalami keguguran sebelum ini.

Bintang Desperate Housewives itu mendedahkan, dia menggunakan khidmat penderma sperma untuk mengandung, tetapi ternyata usaha tersebut gagal.

“Saya cuba untuk mengandung anak kedua menggunakan penderma sperma, tetapi tidak berjaya.

“Walaupun saya mengalami keguguran, saya rasa proses menggunakan penderma sperma untuk mengandung adalah sesuatu yang sangat menarik untuk dicuba,” ujarnya.

Hatcher yang kini berusia 58 tahun mempunyai seorang anak perempuan, Emerson Tenney, 25, hasil perkahwinan keduanya dengan Jon Tenney sebelum bercerai pada tahun 2003.

Jelas aktres Super Girl itu, dia tidak berasa sunyi selepas membujang lama, namun ingin menghapuskan stigma masyarakat untuk mempunyai anak tanpa perlu berkahwin lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI