fbpx

Tangani penularan Covid-19 di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan jangkitan Covid-19 banyak berlaku di sekolah asrama. - Gambar hiasan
ZULKIFLI MANZOR,
WARTAWAN EKSEKUTIF

Lebih 800 pelajar sekolah ber­asrama yang disahkan dijangkiti Covid-19 setakat 18 Januari lalu bukan sesuatu yang kita semua harapkan dalam memulakan tahun baharu 2022.

Harapan tahun baharu majo­riti rakyat Malaysia pastinya wabak Covid-19 telah berakhir atau sekurang-kurangnya bukan lagi suatu ancaman kesihatan yang besar di negara ini.

Bagaimanapun, inilah hakikat yang perlu dihadam iaitu wabak Covid-19 masih berleluasa sehinggakan sekolah berasrama yang sepatutnya dianggap tempat selamat telah ‘dibolosi’.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini pernah memaklumkan pelajar sekolah ber­asrama perlu menjalani sebanyak tiga kali ujian Covid-19.

Saringan menggunakan kit ujian kendiri itu perlu dijalani pelajar sebelum mendaftar dan memasuki asrama, hari keenam di asrama dan hari ke-14 di asrama.

Garis Panduan Pengurusan Asrama Sekolah turut dikeluarkan membabitkan pengurusan bilik asrama, dewan makan, murid bergejala, keselamatan dan pengurusan dobi.

Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, kunjungan ibu bapa serta kehadiran guru dan kakitangan sekolah.

Justeru, segala SOP ditetapkan untuk sekolah berasrama itu sepatutnya sudah cukup untuk membentengi pelajar, malangnya jangkitan masih berlaku di situ.

Perkara yang berlaku seharusnya membawa pengajaran dan tauladan untuk semua bahawa wabak Covid-19 masih suatu ancaman keselamatan yang serius di Malaysia.

Janganlah kita terlalu berasa selesa dan yakin seperti yang banyak kita saksikan di persekitaran masyarakat kita hari ini.

Mengulas insiden itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, siasatan rapi perlu dilakukan segera.

Menurut beliau, siasatan perlu melibatkan pakar bebas yang dilantik daripada luar kementerian demi memastikan hasil siasatan tidak bias jika hanya melibatkan siasatan dalaman.

“Apa yang kita lihat jangkitan telah ‘menjalar’ di beberapa negeri dan dan bilangannya bertambah. Siasatan bebas dan profesional perlu dilakukan segera dengan cepat dan pantas.

“Kita mahu tahu punca sebenar bagaimana Covid-19 boleh menular dalam kalangan pelajar di sekolah berasrama supaya dapat dibendung,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad turut berpandangan, punca penularan perlu diketahui dan ditangani secepat mungkin.

Kata beliau, kejadian ramai pelajar sekolah berasrama dijangkiti Covid-19 boleh membuatkan ibu bapa atau penjaga hilang keyakinan terhadap keselamatan anak di sekolah.

Ujar beliau, jika dilema itu berlanjutan dibimbangi ramai ibu bapa atau penjaga mula berasa khuatir untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

“Saya dapati SOP sedia ada di sekolah berasrama sudah bagus, namun kita kena siasat mengenai tahap pematuhannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI