fbpx

Sultan Selangor puji usaha LZS bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah meredah banjir bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir baru-baru ini. - Foto oleh Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sukacita terhadap usaha dan inisiatif telah dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada mangsa banjir di seluruh negeri ini.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin telah bertitah agar LZS menyegerakan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di setiap daerah sebaik dimaklumkan mengenai bencana terburuk dalam tempoh 20 tahun itu.

“Susulan itu, LZS secara proaktif telah menyalurkan bantuan awal ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berupa 5,000 pek makanan bermasak, makanan kering dan barang keperluan harian.

“Bantuan kewangan kecemasan sebanyak RM600 kepada mangsa banjir dikalangan asnaf dan bukan asnaf turut disalurkan,” katanya hari ini.

Berdasarkan hantaran itu juga, LSZ turut menyediakan platform portal, LZSPEDULI, untuk menyegerakan dan mempermudah proses permohonan bantuan.

Sehingga 31 Disember tahun lalu, LZS telah mengeluarkan bantuan zakat kepada 47,413 penerima di kalangan mangsa banjir berjumlah RM37.17 juta.

“Justeru, baginda berharap bantuan-bantuan oleh LZS ini telah dapat mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan dan berupaya membantu mereka bangkit kembali selepas dilanda musibah,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI